Penggunaan E-book dalam Pendidikan

Bermula Mei 2009, kerajaan negeri Terengganu telah mengedarkan sebanyak 23000 unit komputer secara berperingkat. Komputer yang digunakan iaitu netbook dijadikan sebagai alat untuk membaca e-book yang mana kerajaan turut melihat projek e-Book di sekolah-sekolah Terengganu sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid (Bernama, 2009). Sower (2008) berpendapat, pada masa manusia berbangga dengan teknologi yang ada sekarang, mengapa pelajar masih perlu membawa buku teks yang berat sedangkan alatan handheld dapat menyediakan maklumat yang sama? Alatan pembaca atau platform e-book ini akan dapat membaca pelbagai format e-book seperti Html/Xml, Text, Adobe Acrobat Reader, Microsoft Reader dan Palm Reader dengan menggunakan platform Windows atau Macintosh (Cavanaugh,2008). Dengan adanya alat membaca e-book dengan format yang sesuai, kaedah pembacaan pelajar akan dapat di pertingkatkan. Menurut Cavanaugh (2008), untuk membantu pelajar dalam membaca dengan lancar, pendidik perlu menyedia dan memantau pembacaan secara lisan dan untuk mencapai tujuan ini, pendidik perlu membantu pelajar dalam meningkatkan latihan melalui teknologi yang ada dan e-book dilihat adalah aplikasi yang terbaik.
Penglibatan guru dalam menggabungkan penggunaan teknologi dengan pengajaran mereka dilihat masih kurang dalam pendidikan kita pada hari ini. Kebanyakkan mereka masih berada ditahap ‘perlu belajar’ dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Guru perlu menjadi lebih kreatif dengan adanya penggunaan teknologi seperti e-book di sekolah. Pelbagai teknik pembelajaran boleh dilakukan menggunakan e-book tersebut contohnya, guru mencipta perisian pembelajaran yang interkatif untuk pelajar, berkongsi nota silibus dalam format ppt atau pdf, melakukan sidang video, pembelajaran melalui audio dan pelbagai lagi. Teknologi ini sebenarnya membantu para guru sebagai alat bantu pengajaran di dalam bilik darjah. Penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat setempat.
Isu yang sering kedengaran sekarang adalah penyalahgunaan e-book yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Pemantau penggunaan e-book dalam kalangan pelajar juga perlu dilakukan dan ini menjadi tanggungjawab guru dan ibu bapa dalam mendidik dan mencorakkan pelajar dalam mengendalikan alatan yang mereka terima. Penyalahgunaan e-book tersebut akan memberi kesan pembelajaran pelajar-pelajar ini dan seterusnya sekolah yang terbabit.


Sila tinggalkan komen anda beserta:


NAMA:
NO. MATRIK:

KURSUS:
FAKULTI:

11 comments:

Ahmad Tajuddin said...

Alhamdulillah, mungkin itu hasrat murni kerajaan negeri Terengganu memberi setiap orang murid dengan sebuah netbook tapi sayangnya, saya memerhatikan pemberian sebuah netbook itu tidak lebih dari cuma menjadi sebuah pemberian semata-mata kerana rata-rata netbook itu gagal dimanfaatkan olh murid serta guru sebagai medium untuk memudahkan proses P&P.

Saya ada bertanyakan sepupu-sepupu saya yang masih erada di sekolah menengah yang mendapat hadiah netbook tersebut, apabila ditanya apa kegunaannya katanya memori dalaman netbook mereka penuh dengan game dan apabila adanya sambungan internet, maka facebook akan menjadi kitab mereka. Dalam kelas, lansung lansung penggunaan yang seriua sebagaimana matlamat asal pemberian tersebut. Mungkin hal ini wajib diteliti semula olrh oihak yang bertanggungjawab kerana kita bimbang akan berlakunya perkara yang tidak sihat seperti berluasanya video klip lucah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Mereka memanfaatkan netbook tersebut selepas guru-guru gagal memanfaakannya untuk memudahkan proses P&P.

Nama: Ahmad Tajuddin bin Abdullah
No Matrik: A 127937
Kursus: Kejuruteraan Mekanikal Tahun 3
Fakulti: FKAB

Unknown said...

Saya bersetuju dengan komen daripada saudara Ahmad Tajuddin. perkara yang sama saya dapat lihat di kalangan pelajar-pelajar termasuk di kalangan keluarga sendiri bila mana mereka tidak dapat memanfaatkan netbook tersebut dengan sebaiknya, malah menjadikannya sebagai pusat permainan dan berinteraksi tanpa menggunakan sepenuhnya tujuan sebenar pemberian netbook tersebut.

satu lagi masalah yang saya lihat, guru-guru sendiri juga ketika mana pelajar diberikan netbook, masih wujud di kalangan guru-guru yang tidak tahu menggunakan teknologi perisiaan tersebut dan akhirnya membuatkan mereka masih lagi menggunakan buku-buku teks dalam P&P. Bagi saya, di samping memberikan kemudahan kepada pelajar, para guru juga sepatutnya diberikan kursus intensif tentang cara dan kaedah pembelajaran yang kreatif untuk memaknakan pemberian ini agar kerajaan tidak sia-sia membuang duit ke atas sesuatu perkara yang belum dipastikan keberkesanannya.

Wallahu a'lam.

Nama: Sakinah binti Mohammad
No. Matrik: A129943
Kursus: Usuluddin dan Falsafah
Fakulti: Pengajian Islam

fariQfitri said...

Slm..artikel yang baik,banyak memberi pendedahan kpd org kampung sperti saya.. :)

Saya bersetuju jika teknlogi ini diaplikasi namun harus dipandu oleh pihak berwajib. Teknologi adakalanya mmberi manfaat namun juga memberi mudharat jika dgunakan swenang-wenangnya.

Sy juga setuju dgn saudara Tajuddin dan saudari Sakinah.

NAMA: Mohamad Fariq Fitri Bin Mohd Saleh
NO. MATRIK: A128664
KURSUS: Sains (Oleokimia)
FAKULTI: Fakulti Sains & Teknologi

Hilmi said...

Salam,
Program ini mungkin mempunyai pro & kontranya. Namun, bagi saya, dalam menuntut ilmu perlu ada sedikit pengorbanan, biarlah pelajar sekolah ini merasa susah untuk mendapat ilmu. Kerana itulah nilai sebuah ilmu dan disitulah letaknya keberkatan dengan bawa beg yg sarat dengan buku. Ulama terdahulu sangat susah untuk mndapatkan ilmu dari satu guru ke satu guru yg lain.Ditambah pula tempat yg jauh, perjalanan yg mencabar.Namun ilmu yg mereka belajar diwarisi hingga ke hari ini.Seperti Imam Syafie, ilmunya diguna pakai hingga hari ini. Lagi besar pengorbanan untuk mendapatkan ilmu, semakin besar nilaian kualiti tersebut.

Hilmi said...

Salam,
Program ini mungkin mempunyai pro & kontranya. Namun, bagi saya, dalam menuntut ilmu perlu ada sedikit pengorbanan, biarlah pelajar sekolah ini merasa susah untuk mendapat ilmu. Kerana itulah nilai sebuah ilmu dan disitulah letaknya keberkatan dengan bawa beg yg sarat dengan buku. Ulama terdahulu sangat susah untuk mndapatkan ilmu dari satu guru ke satu guru yg lain.Ditambah pula tempat yg jauh, perjalanan yg mencabar.Namun ilmu yg mereka belajar diwarisi hingga ke hari ini.Seperti Imam Syafie, ilmunya diguna pakai hingga hari ini. Lagi besar pengorbanan untuk mendapatkan ilmu, semakin besar nilaian kualiti tersebut.

Mohammad Hilmi bin Ramli
A128289
Sains (Nuklear)
Tahun 3
Fakulti Sains & Teknologi

Siti Saadah said...

Assalamualaikum..

post yang menarik . sangat2 berkait rapat dngn diri yang bakal menjadi pendidik nanti,insyaAllah..

bagi saya pemberian netbook kepada pelajar2 adalah satu hasrat yang sangat murni. di mana kerajaan sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk pendidikan . namun mungkin masih banyak lagi kelemahan2 yang perlu di atasi.
contohnya bagaimana netbook di gunakan dalam pembelajaran? bagaimana pelajar2 memanfaatkan note book untuk pendidikan mereka?
pada pengetahuan saya, kebanyakan pelajar2 tidak mengunakan netbook tersebut. tetapi di berikan kepada ahli keluarganya..satu sifat yang amat mulia, namun yang menjadi tanda tanyanya, apakah keistimewaan yang pelajar tersebut dapat?? ada juga di kalangan pelajar2 tersebut yang memanfaatkan netbook tersebut untuk bermain game..

waallahu' alam

siti saadah mohamed
A129673
fakulti pendidikan, pendidikan islam.

HILLMAN IQBAL said...

terima kasih kepada semua sahabat kerana memberikan komen anda.Tapi saya berpandangan lain.

Saya ada seorang adik yang mendapat kemudahan e-book di sekolah sejak darjah lima dan sekarang telah tamat pelajaran sekolah rendah. Result exam adik saya agak cemerlang ketika UPSR yang lepas.

Untuk pengetahuan semua,E-book yang diagih di terengganu telah disistemkan untuk pelajaran sahaja, seperti E-book adik saya, pendrive, internet dan software tidak boleh disambungkan di E-book tersebut.

Bagi saya,penggunaan E-book di sekolah sangat berkesan untuk proses P&P di sekolah dan saya rasa pelajar akan cepat belajar dan faham jika menggunakan teknologi ini.

Jika pihak sekolah dapat mengawal sistem e-book untuk pelajaran sahaja, saya yakin dan percaya inilah teknologi yang perlu dikembangluaskan untuk proses P&P di seluruh negara

izati said...

contoh di SRJK(C)Kwang Hwa,Dungun. Guru akan memantau penggunaan fb anak muridnya di sekolah.Siapa yang kerap online akan dipanggil oleh guru besar.Ape yang ingin ditekankan adalah,teknologi itu bagus,namun sejauh mane murid tersebut benar-benar memanfaatkan teknologi di samping pemantauan oleh guru dan ibu bapa amat penting bagi memberikan bimbingan kepada murid-murid kerana mereka golongan yang masih mentah dan perlukan teladan yang baik

Asiyah Yusra said...

Satu lontaran perbahasan yang menarik. Kebelakangan ini selalu je tengok kawan-kawan bawa netbook pergi kelas. Best je ada laptop kecik.Kata mereka nie adik punya.. Nah! satu bukti netbook tiada fungsi bagi pelajar sekolah tetapi memberi kelebihan kepada kakak-kakak dan abang-abang pelajar tersebut.

Pandangan saya, pemberian netbook kepada adik-adik kecil adalah satu langkah yang tidak bijak. Sepatutnya biarlah kanak-kanak ini belajar dengan kesusahan, dengan usaha mereka sendiri. Pembelajaran sebegini lebih berkesan. Bukanlah saya jenis kufur nikmat tetapi melihat kepada tahap keberkesanan pemberian netbook, saya lebih berharap agar netbook ini diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa di IPT/IPTS kerana mereka lebih memerlukannya.

Sekian sahaja, hanya perkongsian yang lemah..~

Nama : Nor Asiyah Bt Md Salleh
No Matrik : A129833
FPI/Jabatan Dakwah & Kepimpinan

sri said...

Assalamualaikum..

Berkenaan artikel di atas, saya bersetuju dengan pendapat saudara Hillman Iqbal bahawa penggunaan netbook dalam sistem pendidikan banyak memberi manfaat kepada pencapaian pelajar dalam pelajaran. Buktinya, jika dilihat kepada prestasi dan pencapaian pelajar Terengganu dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Terengganu berjaya mencatatkan rekod pelajar teramai yang mendapat keputusan cemerlang secara berturut-turut dan konsisten. Dan kejayaan ini dilihat diperoleh setelah kerajaannya melaksanakan program pembelajaran berasaskan ICT tersebut.

Benar, setiap sesuatu program itu pasti ada kebaikkan dan kelemahannya. Namun, hal itu bergantung kepada bagaimana pelajar itu memanfaatkan kemudahan yang telah diberikan. Saya yakin, waima kerajaan Terengganu telah mengambil langkah awal dan memikirkan kesan negatif yang mungkin timbul sebelum program dilaksana sekalipun, kesedaran dan rasa tanggunggungjawab dalam diri pelajar perlu dididikkan dan dibina terlebih dahulu bagi memastikan keberkesanan usaha tersebut.

Sekadar berkongsi pendapat.. :)

Nama: Srihidayatulrahmy Alinuddin
No Matrik: A 129497
Kursus: Statistik/FST

Abe Long said...

Assalamualaikum..
Setiap perkara yang melibatkan manusia mesti ada baik dan buruknya. Ini kerana setiap manusia berbeza ragamnya. Inisiatif kerajaan Terengganu memberikan kemudahan netbook kepada pelajar merupakan satu langkah yang diambil untuk meningkatkan taraf sistem pendidikan di negeri tersebut. Namun, mungkin ianya perlu dinilai secara lebih mendalam tentang kesan-kesan ke atas pelajar samaada baik atau buruk. Mungkin juga pihak kerajaan boleh membuat satu kempen yang berkesan seiring dengan perkembangan dalam teknologi pendidikan seperti keselamatan internet atau etika penggunaan teknologi. Selain itu, peringkat umur pelajar yang menerima netbook harus dikaji semula bagi memastikan mereka telah matang untuk menghadapi perubahan atau kejutan budaya walaupun ianya sesuatu yang positif.

Nama : Umar Adli B. Amran @ Mohamad Zaki
No Matrik : A128842
Fakulti : FST
Kursus : Sains Bahan


Sedih Kot